Zoey hadiahkan ibubapa kondominium setengah juta

Baru-baru ini,pelakon popular yang juga usahawan muda Zoey Rahman menghadiahkan sebuah kondominium bernilai setengah juta di Cheras kepada kedua ibu bapanya.

Zoey yang merupakan pengasas produk Mikaseries ini berkata, kejayaannya dalam dunia perniagaan adalah berkat doa dan restu ibu bapa serta keluarga.

Malah Zoey yakin berkat doa ibunya dan keluarga antara rahsia kejayaannya dalam bisnes.

“Ibu bapa saya tidak tahu pun mengenai kejutan ini. Mereka datang dari Terengganu pun semata-mata ingin memberikan saya sokongan untuk pelancaran produk terbaharu saya.

”Hadiah ini adalah bagi membalas jasa baik mereka yang selama ini menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah atau mengingatkan saya supaya menjaga solat.

“Saya percaya berkat doa mak abah membuatkan saya sampai ke tahap ini. Kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Mikaseries For Superstar di Quill Mall, Kuala Lumpur pada 18 September lalu.

Menurut Zoey, sepanjang lima tahun terbabit dalam dunia perniagaan dia tidak pernah membabitkan ahli keluarganya kerana tidak mahu menimbulkan k0nflik.

“Sejujurnya saya tak suka bekerja dengan famili sebab kalau babitkan mereka saya kena jaga banyak perasaan.

“Seeloknya lebih baik saya bergerak sendiri. Sepanjang mengusahakan perniagaan ini saya juga tidak berkolaborasi dengan mana-mana pihak.

“Semuanya saya bermula dari bawah dan mengumpul duit sendiri. Saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ini,” katanya yang kini lega dengan pencapaiannya hari ini.

Namun, dalam masa yang sama Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 35, llebih selesa untuk tidak menyentuh soal dirinya yang dikatakan kini sudah bertaraf jutawan.

“Saya kalau boleh tak mahu sentuh bab itu kerana saya mahu produk yang ke hadapan.

“Sesetengah pengasas lebih suka dia menonjol dalam bisnes, tetapi saya mahu produk yang lebih dikenali.

“Kalau tengok jenama hebat lain, orang tidak tahu siapa pengasas produk itu.

“Kalau boleh biarlah saya macam sekarang ini. Cukuplah seadanya sahaja,” jelasnya lagi yang masih aktif berlakon.

Zoey juga pernah dikhabarkan menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Siti Nordiana.

Semoga terus maju jaya Zoey!

 

 

 

Sumber: Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*