Dapat RM 1,000 kalau kahwin!

Rezeki jangan ditolak. Ini memang berita baik buat bakal mempelai!

Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000 sekiranya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini.

Manifesto baru ini telah diumumkan oleh parti USNO dan ia akan diaplikasikan untuk penduduk negeri Sabah sekiranya mereka memenangi PRN Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini.

Manifesto itu disebutkan dalam pelancaran Ketua Umumnya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tapi jangan suka sangat ya. Hanya rakyat Sabah dan yang baru pertama kali mendirikan rumah tangga sahaja yang layak untuk menerima token perkahwinan berupa wang tunai RM1,000 itu.

Bagi mereka yang berkahwin untuk kali kedua tu, boleh lupakan dulu hasrat korang. Hehehe .

 

 

 

 

 

Sumber:SinarPlus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*