Satu keluarga kena denggi, pelakon Idzham Ismail syukur anak,isteri dan bayi dalam kandungan selamat

Pelakon Idzham Ismail,32, memaklumkan bahawa dia akan dicaj dari Hospital Klang hari ini selepas dita han di wad pada Jumaat lalu kerana demam Denggi.

Idzham, isterinya Siti Nur Abilah dan anak mereka Nur Sofea Inara,3, dikejarkan ke hospital selepas demam panas beberapa hari lalu.

Setelah diperiksa doktor, mereka sekeluarga dijangkiti demam Denggi.

“Alhamdulillah isteri dan anak semakin sihat dan dibenarkan pulang petang semalam.

“Insya Allah, hari ini saya boleh keluar hospital jika keadaan darah saya sampai ke tahap yang normal.

“Lagi pun sudah tiada batuk atau mvntah dan badan saya semakin pulih.

“Saya paling lewat keluar kerana keadaan paling teruk. Jumlah platelet saya sangat rendah iaitu bawah 30. Sepatutnya, jumlah platelet perlu dalam 150 ke atas,” katanya.

Idzham juga berharap apa yang berlaku kepadanya sekeluarga dijadikan pengajaran.

“Denggi kita tak nampak. Kita tak tahu di mana ada pembiakan walaupun kawasan tersebutn ampak bersih di mata kita. Ia belum tentu selamat.

“Kami sekeluarga pun tak tahu bagaimana nyamuk Aedes boleh hingga ke rumah kami.

“Kepada masyarakat di luar sana, sentiasalah berjaga-jaga dan kerap bersihkan kawasan rumah.

“Kalau suspek, jangan lengah-lengah untuk membuat pemeriksaan di hospital.

“Ingatlah… Demam Denggi tiada ubat, jadi kena banyak minum air. Sekurang-kurangnya minumlah sebanyak tiga atau empat liter air kosong,” jelasnya lagi yang berasa lega apabila kandungan isterinya yang kini berusia tujuh bulan berada dalam keadaan sihat.

Antara drama bersiri lakonan Idzham Ismail adalah Bukan Gadis Biasa, Juvana, 7 Suami, Terukir Di Bintan,Fajar Aiman dan banyak lagi.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*