Ucapan romantis BCL sempena ulangtahun kelahiran Ashraf Sinclair hari ini raih perhatian warganet

Siapa yang boleh menafikan betapa romantiknya pasangan ini suatu ketika dulu. Namun sudah ketentuan , Ashraf dijemput Ilahi ketika isteri dan anak masih memerlukan kasih sayang nya.

Kini,walaupun suaminya sudah tiada, penyanyi Bunga Citra Lestari tetap menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran All4hyaram yang ke-41 yang jatuh pada 18 September, hari Jumaat.

Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, 37, mengucapkan terima kasih kepada arw4h suaminya yang membuatkan dia percaya dirinya layak untuk dicintai.

Menurut penyanyi lagu Cinta Sejati ini, dia masih memegang kata-kata Ashraf dan akan mencintai dirinya seperti mana suaminya menyayanginya sepenuh hati.

Terima kasih kerana membuatkan saya percaya bahawa saya layak untuk dicintai. Sejak awak tiada, saya perlu menjadi awak… seseorang yang mencintai saya dan seseorang yang mempercayai saya.

“Kata-kata awak sangat hebat, dan akhirnya saya dapat melihatnya. Saya akan mencintai diri saya, seperti mana awak mencintai saya. Selamat ulang tahun kelahiran sayang,” kata BCL.

BCL berkongsi ucapan romantis tersebut dengan memuat naik foto Allahyarham menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Tidak sampai 24 jam memuatnaik status tersebut, entri penyanyi dan pelakon popular itu telah meraih lebih dari 11,000 komen dari kalangan rakan-rakan artis dan peminat.

Rata-rata memberikan kata-kata semangat untuk BCL dan tidak lupa juga, doa untuk arw4h Ashraf.

Allahy4rham Ashraf Sinclair meniggal dunia akibat peny4kit jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Dalam pada itu, adik kepada Ashraf iaitu suami kepada penyanyi Yuna,Adam Sinclair memberitahu biarpun arw4h Ashraf sudah pergi buat selama-lamanya namun dia sentiasa menghargai kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.

“Selamat hari lahir abang. Hari ini kenangan tentang awak sangat kuat. Dan sebanyak mana saya rindukan awak, saya juga menghargai perasaan yang terlalu dekat dengan awak.

“Kehidupan saya lebih baik dengan adanya awak. Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku adikmu, dan engkau Abang. Ku amat merinduikan mu,” tulis Adam.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*