2 pesanan Aishah kepada anak-anaknya sekiranya dia meniggal dunia

Sakit dan umur bukan syarat untuk m4ti. Ada yang sihat,tetapi meniggal di usia yang muda. Begitu juga sebaliknya.

Dek kerana kesedaran itulah, menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi Aishah telah menitipkan pesanan agar segala gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disebarkan lagi kepada umum selepas dirinya meniggal dunia.

Menurut Aishah perkara itu sudah dijelaskan kepada anak lelakinya sebagai pesanan buatnya kepada umum selepas pemergiannya kelak.

“Hari ni berbuka puasa ditemani Armand (anak) pula. Terkelvar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Allahy4rhamah Sandra. Pastinya ia sesuatu yang meruntun hati buat ibu dan keluarga yang berdepan dengan komen-k0men negatif. Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.

“Dihujung perbualan itu saya berpesan pada Armand untuk ingatkan media dan peminat, ‘bila mum dah tak ada, jangan keluarkan lagi imej-imej tidak bertudung mum untuk tatapan ramai’,.

Bukan itu sahaja, kata Aishah lagi, dia juga tidak mahu sebarang bentuk nyanyian tribute selepas ketiadaannya hanya kerana mahu mengenang penglibatannya dalam dunia seni.

“Dan mohon peminat doakan banyak-banyak tanpa perlu sebarang nyanyian-nyanyian mengingatkan mum. Cukup dengan doa. Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman untuk anak-anak satu ketika bila kita tiada lagi,” tuturnya.

Dalam entri tersebut Aishah turut memuat naik gambar kenangan bersama dua orang anak lelakinya: “Dulu sebagai ibu tunggal membesarkan mereka saya selalu rindu untuk berbual dengan orang dewasa.

“Sekarang saya boleh lakukannya bersama mereka. Saya juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka untuk bagaimana mereka nak survive bila saya tak ada lagi,” tuturnya.

Aishah mempunyai dua orang cahaya mata, Armand Azhari, 27, dan Azhad Ahlami, 21, menerusi dua perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun Aishah yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim keempat enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai rumah tangganya kepada umum.

 

 

 

 

Sumber:MYartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*