Dari berniaga tepi jalan, Hidayah Abam bakal ada kedai sendiri

Rezeki tak pernah salah alamat.
Berkat kesabarannya berniaga cempedak goreng secara kecil-kecilan sejak April lalu, isteri Allahya4rham Abam Bocey bersyukur kini sudah mempunyai kedai sendiri di Sabak Bernam, Selangor.

“Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. Hari Jumaat yang penuh barokah ini, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng, Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.

“Terima kasih abang Dayah @sirazmier bantu dapatkan kedai ni. Terima kasih mak abah dan famili tercinta sentiasa doakan serta support Dayah.

“Terima kasih juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan kedai nombor 19 dengan cepat pada 2 Ogos 2020. Alhamdulillah syukur,” tulisnya di instagram miliknya.

Sebelum ini ramai selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz, Didie Alias dan ramai lagi pernah mengunjungi gerai cempedak goreng milik Hidayah sebagai tanda sokongan atas usahanya mencari rezeki demi anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

Hidayah dan Allahyrham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan berkahwin pada 8 Disember 2017 sebelum Abam menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari lalu kerana demam panas.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*