Jantung bermasalah, Azadan (Rabbani) dimasukkan ke hospital

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz dilap0rkan telah dimasukkan ke hospital kerana masa4lah jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak beliau sendiri melalui media s0sial beberapa jam yang lepas.

Assalamualaikum semua. Minta semua doakan ayah ya. Doktor baru bagitahu ayah ada mas4lah jantung. Ayah dalam keadaan stabil lagi. Alhamdulillah.

“Minta doakan ayah sihat seperti sediakala ya. Ayah kirim salam semua. Jangan risau. Doakan ayah,” demikian seperti yang dilaporkan.

Kumpulan nasyid Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dan dianggotai seramai 11 orang ahli.

Nama Rabbani dipilih yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh, bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat ke arah kebaikan.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rabbani telah meraih pelbagai anugerah antaranya Persembahan Vokal Terbaik dan Album Nasyid Terbaik.

Semoga Azadan sihat dan dimudahkan segala urusan. Amin.

 

 

 

 

Sumber:IG HLive

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*