Isteri makan hati tengok suami jadi ‘hamba abdi’ keluarga sendiri

Masalah terasa hati dengan ipar duai ini bukanlah perkara asing dalam hidup  berumahtangga.

Kadang-kadang isunya bukan apapun, isteri mana yang mampu bersabar jika melihat suaminya ibarat hamba abdi kepada keluarganya sendiri?

Bukan sekali dua, tapi boleh dikatakan setiap kali pulang ke kampung, si suamilah orang yang paling sibuk melakukan kerja-kerja rumah selain menguruskan ibunya yang uzur.

Bukan tiada adik beradik yang lain, namun semuanya seolah-olah bersikap lepas tangan.

Itulah coretan seorang isteri dalam satu halaman Facebook, meluahkan rasa yang terbuku di dalam hatinya kerana bersimpati dengan suami sendiri.

“Suami saya tak kaya. Rumah masih menyewa. Kereta pun pakai Myvi je. Tapi bila balik kampung, dialah yang bersungguh-sungguh buat itu ini. Adik beradik yang lain ada. Tapi itulah, nak kata pun tak kena. Diorang buat tak tahu je. Busy dengan hal masing-masing,” tulisnya.

 

Lama memerhatikan betapa suaminya bertungkus lumus, wanita ini akhirnya memberanikan diri untuk bertanya.

“Saya cakap kenapa abang nak buat semua tu? Beli air minuman (rumah mak takda Coway), beli beras, beli barang-barang basah, beli juadah berbuka, pergi buang sampah, basuh toilet, basuh pinggan.

“Sedangkan adik beradik abang yang lain mana? Tak collect duit pun? Tak buat apa-apa pun? Dia diam je. Saya tahu, pertanyaan saya tu mungkin agak kasar tapi saya tak nak adik-beradik dia ambil kesempatan atas kelurusan diri dia,” tulisnya.

Namun, jawapan yang diberikan si suami benar-benar membuatkan wanita ini tersentak dan di luar jangkaan.

“Abang tak kaya. Balik pun sekali sekala. Nak bagi banyak-banyak, memang abang tak mampu. Apa yang abang ada ni lah. Tulang empat kerat yang masih ada kudrat.”

“Abang tahu, awak mesti pelik dengan adik beradik abang kan? Entahlah. Abang nak betulkan pun, nak tegur, semuanya dah besar panjang.

“Lagipun, abang kesiankan mak. Masa abang bersihkan bilik mak semalam, abang kutip rambut-rambut dia yang gugur. Banyak. Semuanya dah putih.

“Abang masuk toilet mak. Abang nampak gigi palsu mak. Rupa-rupanya mak dah pakai gigi palsu. Abang tak tahu pun. Kalau abang tak boleh bagi mak duit banyak, biarlah mak rasa senang dengan kehadiran abang. Reda dengan abang. Tu pun dah cukup,” tulis wanita itu sebagaimana jawapan yang dituturkan suaminya.

Wanita itu berkata, usai mendengar jawapan si suami, dia serta merta menangis lantas memohon maaf di atas soalan yang diajukannya sebelum itu.

“Saya pegang tangan dia. Saya salam dan saya kucup. Masa dakap dia, dia cakap abang harap anak-anak kita nanti pun akan buat benda yang sama kat awak. Jaga awak. Hormati awak. Sayang awak, macam abang buat kat mak. Ya Allah. Ampuni saya dan rahmatilah dia,” tulis wanita berkenaan mengakhiri coretannya.

Posting coretan itu sehingga kini meraih hampir 200 shares di Facebook.

Sebenarnya tugas dan  tanggungjawab anak lelaki menurut Islam bukan hanya bertanggungjawab pada dirinya sendiri, malahan bertanggung jawab pada ibu, isteri, anak perempuan dan juga saudara perempuannya. Beban yang ditanggung oleh lelaki sangat besar dan harus diketahui dengan baik supaya tidak terjerumus ke dalam dosa.

Setelah anak lelaki berkahwin perlu tahu akan tanggungjawab dan penting untuknya  mengetahui apa  tanggungjawab pada ibu menurut Islam sebagai persiapan mental .

Seperti  perkongsian oleh saudara Abu Basyer berkenaan tanggungjawab lelaki sebaik sudah mendirikan rumah tangga.

Sahabat yang dimuliakan,

Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami.

Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya:

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”

Jawab Nabi “Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”

Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam.

Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.” Jawab Umar r.a., ” Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.”

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Selagi perintah dari ibubapa itu bukan berbentuk m4aksiat, anak mesti mematuhi arahannya.

Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis’. Lalu sabda baginda: “Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi jika perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat m4aksiat atau mempersekutvkan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat mela4wan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Sahabat yang dimuliakan,

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa.

Justeru Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.

Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Keruntvhan rumahtangga dan penc3raian yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita adalah berpvnca daripada pasangan suami isteri yang tidak memahami hukum-hukum Islam.

Mereka tidak memahami hak-hak sebagai suami atau isteri. Mereka meletakkan nilai kebendaan dan hawa nafsvu dihadapan dan meniggalkan nilai iman dan taqwa sebagai nilai hidup mereka.

Jika suami faham bahawa kesabaran, lemah lembut dan bertolak ansur itu adalah akhlak yang ditunjukkan Nabi s.a.w. ketika berada di dalam perselishan pendapat dengan isteri maka si suami akan mengutamakan akhlak ini kerana sungguh besar pahalanya disisi Allah s.w.t.Kerana cerai adalah perkara halal yang dibe3nci oleh Allah s.w.t.

Ela4kkanlah pnce3raian jika masih ada jalan penyelesaian yang baik.

Dan juga kalaulah si isteri faham bahawa betapa besarnya d0sa derh4aka kepada suami dan tidak akan dapat mencium bau Syurga, maka si isteri akan memilih untuk bersabar dan bertolak ansur semata-mata mencari redha Allah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*