Bangunan terbengkalai di UK simpan pelbagai kereta mewah ditemui. Yang menarik Proton Perdana pun ada!

Mengejutkan!
Sebuah bangunan terbengkalai di Surrey, United Kingdom telah diterokai oleh beberapa individu dari saluran Youtube Lost Adventures.

Saluran Youtube ini sering membuat video menjelajah bangunan terbengkalai ,dan menggelarkan diri mereka sebagai ‘urban explorers‘.

Apa yang mengejutkan,Urban Explorers ada menjumpai sebuah bangunan yang kosong yang menyimpan pelbagai koleksi kereta yang bernilai jutaan ringgit!

Menurut seorang daripada krew saluran Youtube tersebut, dia sudah lama mengetahui tentang bangunan kosong itu.

Jika dilihat dari luar, reka bentuk bangunan berkenaan sudah tidak terurus dan beberapa cat pada permukaan bangunan sudah mengelupas.

Ketika berjaya masuk ke dalam, semua krew terkejut kerana bangunan kosong ini mempunyai garaj bawah tanah, di mana di sana terdapat koleksi kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Antara kereta yang diparkir di garaj bawah tanah tersebut ialah sebuah prototaip Bristol Bullet dan Bentley Continental Flying Spur keluaran tahun 2008.

Selain itu, terdapat juga sebuah Bristol Fighter keluaran tahun 1982 yang hanya dihasilkan dalam 13 unit.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, sebuah kereta keluaran Proton iaitu Proton Perdana generasi kedua juga terdapat di bangunan kosong ini.

Kereta dengan nombor pendaftaran VK 5231 ini masih baru dan seperti tidak pernah digunakan.

Ia hanya dilitupi habuk kerana tidak diurus dalam suatu tempoh yang agak lama.

Yang menjadi tanda tanya kini ialah bagaimana dan kenapa kereta nasional keluaran Malaysia ini berada di tempat tersebut.

Menurut Urban Explorers lagi, bangunan terbengkalai ini dipercayai milik Bristol Cars, sebuah syarikat pengeluar kereta mewah.

Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1845 ini masih memasang kenderaan menggunakan tangan.

Ia juga berskala kecil dan hanya mempunyai kira-kira 20 orang pekerja dan menghasilkan 100 unit kereta dalam tempoh setahun.

Menarik!

 

 

 

Sumber: Motoqar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*