Siti Sarah tanggung kos pembedahan mata Alina Hassan

Pemurahnya Sarah! Hubungan Siti Sarah dan Alina Hassan hanya terjalin sebagai mentor dan protege ketika sama-sama menyertai program realiti Mentor Otai pada tahun 2018.

Dek kerana itu, penyanyi Siti Sarah bermurah hati cuba memvlihkan masa4lah penglihatan mata kanan Alina di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre sebaik sahaja mengetahui masalah penglihatan mata kanan yang dialami Alina kerana selaput mata atau katarak.

Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.

Difahamkan, proses ra4watan untuk membvang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.

“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.

“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu. Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami mas4alah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembbangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.

“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaput. Makin lama makin t3eruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas. Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membvuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya.

Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan. Dalam sebak, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.

“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.

“Saya s3bak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain. Saya doakan prosedur pembe3dahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.

 

 

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*