Zain Saidin sakit sebab Che Ta

PELAKON Zain Saidin mengaku dia pernah mengalami masalah k0lestrol tinggi selepas menghabiskan banyak masa di rumah ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Ujar Zain, ma4salah k0lestrol yang dihidapinya kerana tidak menjaga makan berikutan masakan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta terlalu sedap.

Ujar Zain,
“Ketika PKP itu, saya memang duduk di rumah saja kerana seronok ada banyak masa bersama keluarga. Ditambah, Che Ta pun sama, dia tak boleh melakukan penggambaran drama.

“Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah, semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami k0lestrol tinggi.

“Ketika dimasukkan ke hospital akibat ‘thinning disc’, yang menyebabkan sakit belakang pada Jun lalu, baru tahu saya mengalami k0lestrol tinggi melebihi paras tujuh,” katanya.

Menurut Zain, dia yang memiliki sejarah keluarga ada k0lestrol tinggi sejak itu mula menjaga pemakanan hariannya dan enggan terlepas pandang lagi.

Zain yang kini jarang berlakon, memberi tumpuan pada perniagaan kambing bakar dikenali Mmmbaek yang diusahakan bersama rakannya di kantin, Setor Gombak sejak awal tahun lalu.

Mengakui minatnya pada lakonan tidak pudar, Zain berkata hingga kini penonton sangat mengingatinya dengan watak Henry Middleton dalam drama Oh My English!

“Pengaruh dan aura watak itu (Henry Middleton) terlalu besar pada saya. Sampai sekarang, ia terus diingati penonton selain lakonan saya dalam drama Kiah Pekasam pada 2010 lalu.

“Melalui drama Kiah Pekasam itulah saya mula berkenalan dengan Che Ta dan jatuh cinta. Alhamdulillah juga, kami berjodoh hingga mendirikan rumah tangga,” katanya.

Zain dan Che Ta berkahwin pada 13 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 6.

Selain itu, Zain juga memiliki dua anak tiri lelaki, daripada perkahwinan terdahulu Che Ta.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*