Peminat mahu watak Helmi dan Sofi dikembangkan 7 Hari Mencintaiku 3!

Drama bersiri popular yang diadaptasi dari novel, 7 Hari Mencintaku 2 yang disiarkan di slot Akasia TV3 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

Drama yang sangat terkesan di hati penonton bukan sahaja kerana jalan cerita yang menarik tapi pembawakan watak yang dilakonkan oleh Siti Saleha sebagai Mia Adriana dan Shukri Yahaya sebagai Khuzairi benar-benar memberikan impak.

Tak kurang juga watak antag0nis yang dibawakan Liza Abdullah sebagai Mak Leha dan juga pelakon baru kelahiran Pulau Pinang, Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain.

Watak sampingan seperti Helmi lakonan Syazwan Zulkifly dan juga Sofi yang didokong oleh Wan Sharmila juga terkesan sehinggakan peminat benar-benar ingin mereka disatukan di luar set.

Hebat betul penangan drama ni!

Dek kerana itulah barangkali, ia memberi inspirasi kepada penulis novel , Siti Rosmizah terus berkarya untuk sekuel  ketiga drama ini.

Perkara itu dikongsikan Siti Rosmizah di laman Instagramnya,

Yang menariknya rata-rata netizen bukan lagi mahukan watak Mia dan Khuzairi tetapi mereka memilih agar watak Helmi dan Sofi dikembangkan bagi sekuel drama ini.

Haa.. hebat juga pengaruh Helmi dan Sofi kali ni . Sama-sama kita nantikan!

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:IG Siti Rosmizah Semail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*