Perkembangan terbaru Elyana

Kehadiran peminat setia yang sentiasa mendoakan kesihatannya menjadi penguat semangat buat penyanyi dan pelakon Elyana yang kini mende3rita k4nser limf0ma tahap empat.

Kata Elyana, lebih mengharukan apabila sempena hari ulang tahunnya yang ke-33 lalu, mereka sanggup berbelanja wang hingga ribuan ringgit semata-mata untuk membelikan hadiah istimewa berupa sebuah mikrofon sebagai tanda sokongan agar dia tidak berputus asa dengan karier nyanyiannya.

Menurutnya, kasih-sayang dicurahkan kumpulan peminat itu sedikit-sebanyak membantu membuatkannya lupa sejenak masalah kesihatan yang tidak menentu.

“Ada peminat yang mungkin cuma gemar bergambar dengan artis saja, ada pula yang sanggup bertahan dan menyokong rapat penyanyi kegemaran mereka.

“Sejujurnya, disebabkan kumpulan peminat inilah semangat saya masih utuh hingga ke hari ini, jika tak, mungkin saya sudah hilang semangat.

“Peng0rbanan dilakukan mereka sesungguhnya tidak terkira, macam-macam dibelikan termasuklah mikrofon yang nilainya mencecah ribuan ringgit sempena ulang tahun saya pada Julai lalu,” katanya.

Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu ditemui di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Elyana mengakui, dia pernah patah semangat untuk kembali menyanyi selepas disahkan meng1dap k4anser itu namun galakan dibekalkan peminat membuatnya kembali cekal untuk menyertai program Gegar Vaganza 4 (GV4).

“Dorongan peminat yang mencetuskan keberanian saya untuk tampil beraksi di GV4. Sebenarnya memang dah p4tah semangat untuk menyanyi lagi.

“Disebabkan kesungguhan dipamerkan peminat, saya sertai GV4. Saya harap sekurang-kurangnya bila rindu, ada memori yang saya tinggalkan untuk mereka,” katanya.

Beranggapan k4nser bukan penamat riwayat, Elyana yang terkenal kerana aksi berkaki ayam ketika membuat persembahan pentas itu berkata, dia kini bersedia untuk melancarkan single terbaru buat peminat.

“Judulnya masih rahsia. Lagu berkenaan hasil ciptaan Adi 6ixth Sense. Sepatutnya proses rakaman sudah bermula namun ditangguhkan ekoran Covid-19.

“Lain perasaannya untuk kembali ke studio sebab dah lama tak membuat rakaman. Apa pun, saya sudah bersedia cuma kena tingkatkan persediaan dari sudut stamina untuk menyanyi.

Berkongsi keadaan kesihatannya, Elyana berkata, dia tidak lagi membuat rawatan kim0terapi sejak tahun lalu.

“Keadaan k4nser saya masih sama pada tahap empat. Kali terakhir saya membuat rawatan kim0terapi adalah tahun lalu hingga saya tak boleh berjalan. Buat masa ini, saya meneruskan kehidupan dengan semangat positif yang ada.

Ujar Elyana lagi, “penyakit berkenaan menyesakkan ruang dada dan beri kesan dari segi pernafasan, namun doktor nasihatkan untuk buat apa yang boleh membakar semangat, justeru, saya mahu kekal positif sebab dah 20 tahun ceburi bidang ni,”

 

 

 

Sumber:MK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*