Kluster Tawar: Sekolah di Kulim tutup, murid dan guru positif Covid19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah ditutup berkaitan dengan Kluster Tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti ny4h c3emar dan sanitasi di sekolah berkenaan bagi membendung penvlaran Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini.

“Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media Covid-19, di Putrajaya

Terdahulu, menurut infografik yang dikeluarkan KKM semalam terdapat empat kes baharu di Kulim, Kedah yang membabitkan seorang guru dan tiga murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti Covid-19.

Kes 9,163 adalah ahli keluarga kepada kes indeks (Kes 9,113).

Kes berkenaan adalah daripada kluster Tawar yang kini sudah memasuki generasi ketiga.

Kluster Tawar sebelum ini dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 47 individu dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 iaitu 40 kes dikesan di Kedah manakala tujuh kes lagi di Pulau Pinang.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*