“Anugerah ‘Tan Sri’ buat warga KKM”- DG Hisham

Sekalung tahniah buat Ketua Pengarah Kesihaatan, Datuk Dr Noor Hisham yang merupakan antara individu yang dikurniai Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Dalam reaksi beliau, Dr Noor Hisham berkata, penghargaan itu bukan hanya untuk diri beliau semata-mata.

Sebaliknya, ia merupakan penghargaan kerajaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesih4tan Malaysia (KKM).

“Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesih@tan Malaysia (KKM).

“Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam,” katanya lagi.

Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dianugerahkan pelbagai pingat.

Mereka mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perub4tan, petugas kesih4atan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu peraw4atan kesiha tan.

Tahniah buat semua !

 

 

 

 

Sumber:Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*