Foto kemeriahan sekitar majlis pertunangan Ernie Zakri dan Syamel

Terjawab sudah!

Setelah lama berteka-teka akhirnya penyanyi Ernie Zakri mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Syamel pada Sabtu di kediamannya.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, berkata majlis pertunangan itu juga hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mahu ia berlangsung secara privasi.

“Alhamdulillah majlis pertunangan saya dan Syamel yang berlangsung pada semalam (Sabtu) berjalan dengan lancar. Tapi hari ini baru kami ambil keputusan untuk berkongsi kepada umum.

“Majlis pertunangan kami diadakan di rumah saya yang hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Rakan-rakan pun tak ada sebab kami adakan betul-betul secara privasi.

“Perasaan saya sudah tentu sangat gembira tapi lebih kepada nak semua orang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Syamel,” kata Ernie ketika dihubungi.

Penyanyi lagu Ku Bersuara dan tunangnya itu turut berkongsi foto indah majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing pada Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gundah ini memberitahu dia dan Syamel merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan namun masih belum mempunyai tarikh yang tepat.

“Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan, Insya-Allah tahun hadapan. Doakan la yang baik-baik. Kalau dah tahu dan dapat kepastian bila tarikh itu, kami akan berkongsi kepada semua,” ujarnya.

Ernie dan Syamel mula berkawan rapat sejak 2018, setelah menyertai dan menjuarai pertandingan realiti Duo Star pada tahun 2016.

Namun ketika itu masing-masing mengunci mulut dan mengaku sekadar teman baik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*