Sel knser merebak dari usus ke hati, pelakon Abu Bakar Juah sedang tenat

PELAKON veteran yang selalu memainkan watak antag0nis, Abu Bakar Juah, 72, dikhabarkan dalam keadaan tenat selepas dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu.

Anak ketiganya, Safinas Abu Bakar, 32, ketika dihubungi berkata, bapanya yang menghidap k4nser hati dan hanya terbaring selain tidak mampu memberikan maklum balas dengan baik.

“Sebelumnya ayah dimasukkan ke hospital akibat jangk1tan kuman. Selepas seminggu dalam wad, ayah dibenar keluar. Sejak itu sehinggalah sekarang ayah hanya terbaring dan tidak pernah duduk.

Menurut Safinas lagi, bapanya itu boleh dikatakan dia sudah tenat kerana hanya boleh respons sepatah dan sekali saja.

Abu Bakar juga sudah tidak menjalani apa-apa raw4tan selain bergantung kepada ubat untuk mengawal k4nser dari terus merebak,” katanya.

Safinas yang juga anak ketiga daripada empat beradik mengakui dia sekeluarga reda dan berdoa semoga segala-galanya dipermudahkan.

“Sekarang ini ayah berada di rumah dan dijaga oleh mak dan kami empat beradik. Kami sudah reda dan harap dipermudahkan segala urusan. Dalam masa sama, kami bersyukur apabila dalam keadaan sekarang kami sekeluarga bersatu menjaga ayah.

“Dalam tempoh dua minggu ini juga, dia tak ada cakap apa-apa. Ayah hanya boleh minum susu saja dan tidak ada lagi makanan solid,” katanya.

Menurut Safinas, pelakon filem Dukun itu disahkan bebas k4anser usus tahap empat selepas menjalani 12 kali raw4atan kim0terapi.

K4nser tersebut mula dikesan pada 2016 dan ketika itu sudah berada pada tahap empat. Akan tetapi, sel k4nser tersebut rupa nya sudah merebak ke hati dan Abu Bakar tidak mahu lagi membuat sebarang rawatan.

“Kiranya, sepanjang empat tahun selepas buat kim0terapi ayah memang sihat. Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan. Tapi, apabila k4nser datang balik, kita anggap ia takdir,” katanya.

Dalam masa sama, Safinas berkongsi beberapa persatuan artis seperti Seniman, Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) termasuk beberapa rakan artis ada datang menziarahi bapanya.

Abu Bakar yang berasal dari Taiping, Perak, berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Drama terakhir yang pernah dibintangi Abu Bakar Juah adalah Mr Grey pada 2018.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*