Takziah buat Datuk Afdhlin Shauki dan keluarga

Baru sebentar tadi, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki memaklumkan bapanya iaitu Aksan Abu Bakar meniggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi menerusi laman Instagramnya.


Tulis Afdlin,

“Dvkacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar sudah kembali ke rahmatvllah pada hari Selasa, 11 Ogos 2020, pukul 2.57 pagi di PPUKM, KL.

“Sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Afdlin juga mengakui pasti merindui senyuman ceria bapa tersayangnya itu dan meminta keampunan bagi pihak arw4h daripada sesiapa yang mengenalinya.

“Senyuman terakhir bapa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri.

“Bapaku yang tercinta, dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya,”tulis Afdlin, serba ringkas.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*