Opie Zami ceraikan isteri selepas 17 tahun

Terlerai jua!

Selepas 17 tahun hidup bersama,pelakon dan pengarah Opie Zami dan isterinya Zamzarina Mohammed akhirnya berce3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Opie atau nama sebenarnya Mohd Saufi Zami, 46, melafazkan talak di hadapan Hakim Ahmad Mahir Zainal kira-kira pukul 10.47 pagi dan Zamzarina diperintahkan menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Suasana di ruang mahkam4h bertukar pilu apabila Ahmad Mahir memerintahkan pasangan itu bermaafan-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cerai.

Pada 16 Mac lalu, Zamzarina selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sementara itu Opie yang juga anak kepada pelakon Allahy4rham Zami Ismail ketika ditemui di luar mahkamah enggan mendedahkan secara terperinci punca perceraiannya kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

“Isteri saya tak salah. Saya yang gagal bentuk dia menjadi seorang isteri yang mithali… saya menghormati kehendak dia.

“Dia isteri saya bagus… seorang ibu yang baik. Ketua keluarga saya, jadi saya yang gagal.

“Benda (punca) tu terlalu peribadi untuk saya kongsikan kerana ia terlalu peribadi.,” kata Opie.

Zamzarina ketika ditemui di luar mahkamah mengakui kemelut rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak 2010.

“Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah. Sebelum ini sudah tiga kali saya turun naik mahkamah.

“Selepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah,” ujar Zamzarina.

Zamzarina diwakili peguam Syarie Azmanira Ismail @ Zanudin manakala Opie tidak diwakili peguam.

 

Bernikah pada 2003,Opie dan Zamzarina dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*