Biodata Wafariena-pendukung watak Nurul dalam 7Hari Mencintaiku 2

Sejak akhir-akhir ini nama Nurul Ain sering menjadi sebutan netizen. Ini semua gara-gara drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 yang mendatangkan am4rah penonton setianya.

Apa tidaknya, di sebalik wajah ayu bertudung nan manis, Nurul mempunyai agenda tersendiri bila mahu mendekatkan dirinya dengan Khuzairi.

Menerusi tinjauan di laman Twitter, karakter Nurul sangat dib3nci oleh peminat naskhah terbabit.

Itu menjadi aras tanda bahawa watak Nurul berjaya dilakonkan dengan baik dan meninggalkan kesan di hati peminat oleh pendukungnya.

Jom kita berkenalan dengan gadis manis di sebalik watak Nurul ini:

1: Watak Nurul dijayakan oleh pendatang baru bernama Wafariena Roslan.

2: Lebih selesa dengan nama panggilan Wafa, gadis berusia 25 tahun ini berasal dari Pulau Pinang.

3: Sebeljm berlakon,Wafa  telah terlebih dahulu terlibat dalam bidang muzik. Selepas tamat persekolahan, Wafa bekerja sebagai penyanyi secara freelance dan pernah mengikuti pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

4: Wafa merupakan artis di bawah naungan MAP Music dan kini sedang mempromosikan single terbarunya yang berjudul Carilah Aku.


5: Wafa juga mempunyai kebolehan dan turut fasih bertutur serta menyanyi dalam bahasa Mandarin.

6: Karya 7 Hari Mencintaku 2 merupakan drama bersiri pertama lakonan Wafa. Sebelum ini, Wafa pernah membawakan watak tambahan dalam drama bersiri Chandelier.

7: Sebelum ini, Wafa pernah membintangi filem Buntat serta tiga telefilem iaitu Kisah S3ram Hostel, Rinding dan Main Kahwin Kahwin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*