Aliff Aziz mengaku bersalah cvri wang tunai pelakon Indonesia

Atas alasan memerlukan wang tunai, pelakon-penyanyi kelahiran Singapura, Mohamad Aliff Aziz mengaku membuka beg tangan pelakon Indonesia di bilik hotelnya ketika aktres itu sedang berehat untuk mencvri wang tunai SGD300 dan RP1juta darinya.

Aliff,29 tahun mengakv bersalah
atas tuduhan tersebut.

Dalam kejadian itu, Aliff telah menemui Raja Yunika Perdhana Putri, 32, di biliknya di hotel Studio M di Nanson Road dekat Havelock Road sekitar tengah malam 7 Jun tahun lalu untuk berbincang bagaimana dia dapat membantu memajukan karier nyanyian Aliff di Indonesia .

Sekitar jam 1 pagi, Raja Yunika pergi ke tingkat dua biliknya untuk berehat, meninggalkan beg tangannya berhampiran dengan Aliff dan bangun kira-kira dua jam kemudian. Setelah menyedari duitnya hilang dia segera menelefon Aliff, bagaimanapun Aliff menaf1kan mengambil wang tersebut.

Timbalan Pendkwa Raya Sarah Siaw mengatakan Aliff kemudian mengaku bahawa dia telah mencvri wang tunai itu kerana “dia memerlukan wang”. Dia menggunakan wang tunai tersebut untuk membeli makanan dan pengangkutan.

Ini bukan kali pertama Aliff terlibat dengan kes salah laku. Pada tahun 2014, dia didenda SGD2,000 kerana mencvri dua telefon bimbit.

Dalam kes yang tidak berkaitan, Aliff pernah didapati mabvk di bawah jambatan sekitar pusat beli-belah Orchard Towers sekitar jam 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.

Dia juga terpalit dengan k0ntroversi isu ‘kekasih gelap’ hingga isterinya, Bella Astillah menuntut penc3raian.

Bagaimanapun mereka rujuk semula dan telah dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini.

Aliff mula mencipta nama pada tahun 2007 setelah memenangi Singapore Idol versi saluran Melayu Suria, yang disebut Anugerah.

Sumber:malaymail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*