Kluster nasi kandar Kedah kini merebak ke Perlis dan Pulau Pinang

Baru sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 25 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,063 kes setakat hari ini.

Daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, sembilan kes adalah jangkitan di luar negara yang melibatkan lapan warganegara Malaysia dan satu warga asing.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 16 kes penularan di dalam negara, 15 kes dalam kalangan warganegara dan satu bukan warganegara.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kem4tian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kem4tian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” katanya.

Mengenai Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 13 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah terkini sebanyak 43 kes.

“Daripada jumlah positif kluster PUI Sivagangga, 31 kes di Kedah, 11 kes dari Perlis dan satu dari Pulau Pinang,” katanya.

Beliau menambah, satu daripada 11 kes di Perlis adalah kes ke-9002 yang dilaporkan di negeri itu pada 4 Ogos.

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*