Michael Ang taknak paksa anak sulung ikut masuk Islam

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang akhirnya mengakui yang dia memelihara dua orang anak angkat, Ryan 18 dan Mika,2 sejak mereka kecil lagi.

Ryan merupakan anak saudaranya yang dibela sejak beusia dua bulan, manakala Mika pula diambil dari pasangan beragama Islam ketika usianya baru sehari.

Dengan penjelasan ini, Michael berharap para peminat tidak tersalah anggap tentang statusnya yang masih bujang dan belum pernah berkahwin walaupun usianya telah mencecah 44 tahun.

Pengarah drama Suri Hati Mr. Pilot itu menegaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan kewujudan anak-anaknya sebelum ini kerana tidak mahu mereka menjadi tumpuan media yang berlebihan.

Ulas Michael lagi, meskipun kini dia sudah memeluk agama Islam, dia tidak memaksa anak sulungnya itu mengikut jejak langkah sama.

“Ryan belum membuat sebarang keputusan tentang pilihan agamanya. Berbeza dengan Mika, saya besarkan dia sebagai seorang muslim kerana dia secara azalinya memang anak kepada pasangan beragama Islam,” terangnya Michael secara terperinci.

Mwalaupun pada dasarnya Michael kelihatan terbuka bercerita tentang anak-anaknya, Michael tetap memelihara privasi mereka dengan tidak mendedahkan wajah atau identiti Ryan mahupun Mika kepada umum.

Michael kini sedang sibuk dengan penggambaran drama berjudul Perempuan Tanpa Dosa lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

 

 

 

Sumber:Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*