“Empat tahun lepas saya nak pinang dia t0lak”- Tunang Dayana Roza

Pelakon Dayana Roza akhirnya mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan A’dale Adham Ayahudin, 33, pada Rabu selepas enam tahun berkenalan.

Dayana atau nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata, dia menerima lamaran A’dale selepas melihat usaha jejaka itu yang serius dalam perhubungan mereka.

“Dulu tak sukakan dia kerana suka sangat cari gadvuh dan menyakat saya.

“Pernah juga cakap kepada kawan baik saya, kalau dia lelaki yang terakhir di dunia ni pun… saya akan fikir banyak kali untuk kahwin dengannya.

“Tapi rupa-rupanya dialah lelaki yang menghargai saya, Alhamdulillah,” kata Dayana.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan media di Damai Glasshouse, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Sebagai tanda ikatan, ibu kepada A’dale iaitu Suraya Shoib menyarungkan sebentuk cincin di jari manis pelakon drama Seadanya Aku ini.

Sementara itu A’dale berkata, dia terbuka hati untuk menjadikan Dayana sebagai isteri kerana terpesona dengan sikap aktres tersebut.

“Empat tahun lepas masa kami masih berkawan saya ada cakap yang saya nak meminang dia tapi dia t0lak. Tapi saya cakap pada dia yang satu hari nanti saya akan kahwini dia juga,” kata A’dale.

Dayana dan tunangnya merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada pertengahan Disember depan.

Tahniah Dayana dan A’dale!

 

 

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*