Alif Satar throwback zaman masuk pertandingan nyanyi dengan Dayang Nurfaizah ketika usia 16 tahun

Siapa sangka rupa-rupanya ketika Alif Satar menyertai program nyanyian realiti, One In A Million (OIAM) musim pertama  usianya baru menginjak 16 tahun.

Jelas Alif dia merancang untuk menyertai pertandingan tersebut kerana hadiah lumayan yang ditawarkan.

Walaupun masih ‘hijau’ ketika itu, Alif turut berkongsi pentas dengan penyanyi Dayang Nurfaizah yang turut bertanding dalam pertandingan tersebut.

 

Teringat zaman mula-mula dulu.. umur masa ni 16 tahun, plan nak masuk ‘One In A Million’ sebab kalau menang dapat sejuta ringgit, boleh bayar masuk flying school (sekali dapat tau Dayang Nurfaizah masuk bertanding sekali).

“Sekali alip tak menang. Kadang- kadang kita boleh merancang, tapi bila sesuatu benda tu tak jadi dan tak ikut rancangan kita, jangan risau.. relax, keep learning,adapt to change and take advantage of it.

“Don’t quit.. p/s Maybe now i should make time to take up a private pilot license,” tulisnya.

Selain Dayang Nurfaizah,turut  sama bersaing dengan Alif Satar pada musim awal itu ialah Faizal Tahir dan Farah Asyikin.

One in a Million (singkatan: OIAM) merupakan program pertandingan menyanyi realiti yang menawarkan RM 1,000,000 kepada juaranya untuk tujuan pembangunan kerjaya si juara sebagai artis.

Bukan sahaja orang awam, artis yang masih memegang kontrak rakaman juga boleh menyertai pertandingan realiti ini.

Diperkenalkan pada tahun 2006 OIAM sudah menjayakan tiga musim, dan juara-juaranya merupakan Suki Low (2006), Ayu Damit (2008) dan Tomok (2009).

 

 

 

Foto: Instagram Alif Satar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*