‘Tag’ merah jambu dari kedai haiwan

Foto dua individu yang tvlar dilihat memakai gelang merah jambu di kawasan parkir Bukit Bendera, Air Itam, Georgetown, disahkan bukan berstatus pesaakit di bawah pengawasan (PUS) Covid-19.

Sebaliknya, gelang merah jambu yang dipakai kedua mereka adalah dari sebuah kedai haiwan peliharaan dengan tulisan ‘Husky And The G4ang’.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisi0ner Soffian Santong berkata, pada 2 Ogos lalu, pihaknya menerima advan daripada orang awam yang melihat seorang lelaki dan wanita memakai gelang merah jambu di kawasan parkir bukit peranginan itu pada 3.25 petang.

Katanya, pengadu kemudian mengambil gambar pasangan berkenaan lalu membuat lap0ran di balai polis berhampiran sebelum identiti mereka dikesan.

“Siasatan mendapati, lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan tinggal di Permatang Tengah, Butterworth.

“Sementara, wanita berusia 22 tahun dari Sungai Puyu, Butterworth itu pula bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka adalah pasangan kekasih serta tiada rek0d jena4yah lampau,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Soffian berkata, kedua-duanya mend4kwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park, pada 12.30 tengah hari, 2 Ogos lalu dan dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna merah jambu bertulisan ‘Husky And The Ga4ng’ oleh pekerja kedai terbabit.

Katanya, memandangkan pasangan itu ingin ke kedai haiwan itu semula pada sebelah malam, mereka tidak mena4nggalkan gelang terbabit bagi mematuhi syarat ditetapkan premis itu.

“Pasangan itu mengakui mereka adalah individu di dalam foto tvular berkenaan serta mengakui tidak pernah ke luar negara.

“Mereka berada di kaunter stesen kereta api Bukit Bendera pada 3 petang hari sama dan menunggu giliran selama satu jam bagi membeli tiket.

“Disebabkan menunggu terlalu lama, mereka mengambil keputusan untuk beredar sebelum ke pusat beli belah Queensbay,” katanya.

Soffian berkata, semakan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati nama kedua-duanya tiada dalam senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Sumber: HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*