Saling petik nama di IG, Engku Emran sudah temui pengganti?

Belum pun setahun berpisah dengan pelakon Indonesia,Laudya Cynthia Bella, nama Engku Emran kembali menjadi bualan netizen.

Apa tidaknya, dalam salah satu entri di laman Instagramnya,Engku Emran dilihat memetik nama seorang wanita @atikashburn membuatkan ramai yang membuat spekvulasi Engku Emran mempunyai hubungan istimewa dengan wanita terbabit.

“Subjek yang sama. Perspektif berbeza.

(emotikon kamera): 1. @rahmanism 2. @ fami.sulaiman 3. @fadhilhui 4. @atikashburn, “tulis Engku Emran.

Difahamkan  Atikah merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Malaysia.

Tidak hanya itu, Atikah juga memuat naik potret masanya dengan Engku Emran di Instagramnya.

Atikah memuat naik gambar dirinya dan Engku Emran yang sedang berehat setelah berbasikal pada 20 Julai 2020.

Di samping itu, dia juga sering memuat naik foto dengan komuniti basikalnya, termasuk Engku Emran.

Baik Engku Emran mahupun Atikah masing-masing belum memberi respons kepada berita mengenai gosip mereka berdua.

Jom kita lihat beberapa foto Atikah, wanita yang dikaitkan dengan duda h0t Malaya ini.

Cantik juga orangnya,kan?

Sekadar info,Engku Emran disatukan dengan Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur sebelum berp1sah pada awal tahun lalu.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan artis ternama Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:tribunnews

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*