Izreen nafi rumahtangga bergolak, kini sibuk jual kuih apam

Dalam tak sedar,sudah dua tahun rupanya pelakon Izreen Azminda mendirikan rumahtangga dengan pemuzik,Uda,atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abd Wahid.

Perkahwinan mereka pernah mencetvskan k0ntroversi gara-gara Uda mencera1kan isteri pertamanya, Intan Salleh selepas menikahi Izreen.

Lali dengan kvtukan orang ramai, Izreen membuktikan rumahtangga nya bersama Uda masih utuh malah tambah berseri dengan kehadiran cahaya mata ,Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Namun, tiba-tiba sahaja rumah tangga Izreen dan suami kembali diperkatakan apabila mereka dilihat hadir ke mahkamah baru-baru ini. Izreen bagaimanapun men4fikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Menurut Izreen dia dan suami ke mahkamah bagi membayar d3nda nikah. Izreen berharap di masa akan datang, Orang ramai tidak membuat spekuvlasi sendiri tanpa bertanyakan diri nya terlebih dahulu.

Melanjutkan perkongsian, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu mengakui, kurang mendapat tawaran lakonan kerana tidak mahu terikat dengan pr0jek drama bersiri yang memerlukan k0mitemen tinggi.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Mac lalu, Izreen rupanya telah mengusahakan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual kuih apam dalam talian menerusi laman Instagram @SugarButterMilk.KL.

Walaupun penat, Izreen berpuashati kerana dia berada dekat di samping suami dan anak-anak nya yang merupakan keutamaan nya kini.

“Kehidupan saya sekarang bukan macam dahulu. Sekarang keutamaan adalah untuk anak dan suami. Tipulah kalau saya kata tidak rindu aktif berlakon kerana saya sudah mula berlakon sejak berumur 12 tahun. Namun, ini adalah kitaran yang akan terjadi dalam hidup anak seni”, ujar Izreen seraya mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

Sumber:Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*