“Saya tidak menafikan atau mengiyakan..”

Belum sampai 72jam bergelar suami isteri, sudah ada ‘suara nakal’ yang mengusik rumahtangga Miera Liyana.

Ini berikutan timbul komen di laman sOsial yang Miera kononnya berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.

“Kalau orang nak cakap macam-macam pasal saya, saya tidak mampu tutup mulut mereka. Lagi pun, saya bukan buat perkara tak baik. Saya kahwin secara sah.

“Saya tidak menafikan dan tidak mengiyakan pasal isu itu. Bagi saya, apa yang penting doakanlah yang terbaik buat saya dan suami.

“Membuat spekulasi pasal perkahwinan ini hanyalah membuang masa sebab ikatan kami halal dan sah sebagai suami isteri.

Menurut Miera lagi, dia tidak boleh menutup mulut semua orang dan berkata adalah lebih baik jika netizen mend0akan kebahagiaan nya berbanding membuat spekuvlasi.

Miera juga menjelaskan dia tidak mahu isu sebegini mengganggu kebahagiaannya.

“Kalau masih nak cakap yang bukan-bukan pasal saya terserahlah. Saya pun bukan tidak pernah dilanda k0ntroversi atau tohmahan sebelum ini.

“Saya buat benda baik (kahwin) pun orang tetap cakap yang buruk. Bagi saya itu tidak adil.

“Dalam masa yang sama, saya perlu hormat keluarga saya dan keluarga sebelah suami, jadi saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya yang berasa bertuah dikurniakan suami yang memahami dan banyak bersabar dengan karenahnya.

“Pertama kali kami kenal dalam sebuah acara. Kiranya kami kenal melalui kawan. Ramai kawan saya adalah kawan dia juga.

“Sebelum kahwin, kami berkawan baik selama empat tahun dan tidak pernah bercinta. Jadi, boleh dikatakan kami adalah pasangan yang bercinta selepas kahwin.

“Jujur kami tidaklah terlalu berbincang pasal kahwin kerana kami lebih kepada kawan baik, tapi inilah dikatakan jodoh.

“Doakanlah kami. Janganlah membuat spekulasi macam-macam ya,” ujarnya yang tidak melenting atau marah dengan tuduhan tersebut.

Miera Leyana, 27, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Rosland Othman, 40-an di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2020 yang lalu.

Bagi suami Miera Leyana, Rosland lebih selesa untuk berfikir positif dan fokus kepada kebahagiaan rumahtangganya bersama Miera.

“Saya kenal Miera sebagai artis yang tidak lari daripada kontr0versi. Saya faham cerita sensasi dunia artis. Itu adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Menyentuh isu ini, janganlah asyik nak mencari kesalahan orang lain. Hiduplah dengan positif.

“Saya ni seorang yang sangat positif dan tidak suka perkara negatif. Apa yang penting adalah saya dan keluarga gembira. Apa orang nak cakap, saya tidak boleh halang,” ujar Rosland yang merancang mahu bawa Miera dan keluarga mengerjakan umrah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan nanti.

Rosland juga memanjatkan rasa syukur apabila dirinya dan Miera kini sah sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah.. Saya bersyukur kerana segalanya dipermudahkan. Doakanlah kami terus bahagia.

“Miera ni seorang yang baik hati dan memahami. Apa yang menarik pasal Miera ni, apabila duduk dengan dia. Dia bijak membuatkan kita gembira dan kehadirannya sangatlah menyenangkan,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*