Akhirnya, Alya Iman dedahkan wajah sebenar kekasih

Pelakon baharu yang kini dilanda k0ntroversi, Alya Iman, 19, akhirnya mengesahkan yang dia kini sedang menjalinkan dengan seorang pemuda yang bernama Ridhwan Rosli.

Ketika dihubungi Gempak, Alya menyatakan Ridhwan sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.

“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli.

“Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, pelakon drama Senafas Rindu itu mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka.

Malah, kata pemilik nama Nur Alya Iman Azmil dia tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin.

“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.

“Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan,” katanya lagi.

Melalui carian di Twitter, difahamkan Ridhwan bekerja sebagai seorang pensyarah.

Terdahulu, Alya mend4kwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan svlit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya adalah tidak benar.

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*