Eksklusif! Zul Ariffin mengaku sedang buat persiapan perkahwinan

Penat dig0sipkan bercinta dengan beberapa aktres wanita,bintang berbadan sado, Zul Ariffin pernah membuka mulut mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum Aidilfitri lalu.

Walaubagaimanapun, rancangan Zul untuk mendirikan rumahtangga terpaksa ditangguhkan berikutan p4ndemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Apabila wab4ak melanda dan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu, semua perancangan dibuat tidak menjadi termasuk soal perkahwinan.

“Melihat keadaan sekarang, kita nak buat perancangan pun tak berani. Insya-Allah, kalau tahun ini tidak dapat, saya akan bawa hasrat untuk berkahwin tahun depan.

“Tetapi, ia bukanlah pada awal tahun kerana ada banyak kerja yang harus diselesaikan. Mungkin pertengahan tahun waktu yang sangat sesuai,” katanya lagi.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Rindu Awak 200% dan Titian Cinta itu berkata, dia bersyukur kerana bakal isterinya memahami situasi dan tidak terlalu memaksa.

“Mujur si dia faham dan tiada halangan untuk menanggvhkan perkahwinan. Kami tidak bergaduh pun. Bila ditunda, bolehlah saya buat persiapan dengan lebih serius dan rapi.

“Tahun lalu saya berangan sahaja. Tiadalah buat persiapan beriya-iya, tetapi bukanlah hendak kata saya tidak serius.

“Saya sudah lama bersedia untuk menjadi suami. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini,” ujarnya berkias.

Walaupun begitu, ketika ditanya siapakah wanita bertuah itu,Zul masih berpegang kepada prinsip untuk tidak mende3dahkan siapakah wanita bertuah yang berjaya mencuri hatinya.

Sebaliknya, menerusi temubual lalu, Zul hanya memberitahu wanita terbabit bukanlah selebriti dan tidak beragama Islam.

Diasak dengan pertanyaan apakah bakal memperkenalkan bakal isterinya secara rasmi pada sidang media, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu menyerahkan kepada kekasihnya itu untuk membuat keputusan.

“Tunggulah dahulu, sampai masanya, saya akan memperkenalkan. Kalau nak buat sidang media pun saya tak kisah. Saya sangat terbuka.

“Cuma, dalam hal ini, saya serahkan kepada pihak sebelah sana. Apakah dia selesa atau tidak untuk diperkenalkan dengan cara begitu,” katanya.

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*