Rentas negeri sambut Aidiladha dibenarkan tetapi…..

Persoalan akhirnya terjawab!

Beberapa minggu kebelakangan ini, spekuvlasi dalam kalangan netizen yang beranggapan sekatan perjalanan antara negeri bakal dikenakan sempena Hari Raya Aidiladha ternyata tidak berasas.

Menerusi sidang media sebentar tadi Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan tiada sekatan perjalanan BUAT MASA INI.

“Sebenarnya tiada sekatan perjalanan, masih boleh balik kampung tapi kena patuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Walaupun kerajaan bagi kebenaran, kita kena jaga kita. Pastikan diri kita sentiasa terjaga.

“Seperti saya sebut walaupun sembeli1han (ibadah korban) dibenarkan, tetapi SOP tetap perlu dipatuhi,” ujarnya.

Namun penduduk sekitar Sarawak terpaksa bersabar kerana peraturan baru negeri itu melarang  perjalanan antara dua zon bermula 1 hingga 14 Ogos ini.

Jelas Ismail, kerajaan Sarawak memutvuskan hal itu bagi mengekang penuvlaran Covid-19 yang meningkat, khususnya di sekitar Kuching.

Zon 1 (Zon Merah, Zon Kuning) terdiri daripada bahagian Kuching, Serian dan Samarahan manakala Zon 2 (Zon Hijau) meliputi bahagian Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Selain larangan perjalanan antara zon, kerajaan Sarawak memuvtuskan untuk mengurangkan penerbangan ke negeri itu untuk tempoh sama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*