Aleza Shadan gerun ada lelaki cium tapak kaki

Dramatis Aleza Shadan mengakui dia takut dan mengg1gil ketika membawakan watak seorang pengamal ajaran sesat dalam drama Jalan Sesat Ke Syurga.

Aleza atau nama sebenar Nor Hasliza Shadan, 45, berkata dia sudah bersedia untuk menerima komen neegatif netizen kerana menyedari watak ini menyentuh isu sensitif.

“Paling menakutkan apabila saya menjadi tok kadi (juru nikah) untuk menikahkan orang.

“Saya juga kena melakonkan babak menjadi imam kepada orang yang nak solat walaupun tidak memakai tudung dengan sempurna, ” ujarnya.

Aleza ditemui di set penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada Isnin di Cyberjaya.

Tambah Aleza, walaupun bimbang dengan penerimaan penonton, namun dia menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang pelakon.

Drama Jalan Sesat Ke Syurga akan ditayangkan bermula 3 Ogos di Astro Prima.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*