“PKP semula jika kes positif cecah 100” – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mrmaklumkan jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.

Menurut beliau, kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif Covid-19 mencecah tiga angka.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

“Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat.

“Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keuarga terdekat supaya mengikut SOP.

“Apa yang membimmbangkan Aidiladha nanti bila acara semb3elih lembu, tiada jarak s0sial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya yang turut memaklumkan pintu sempadan negara masih ditutup.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*