Selamat jalan, Rayhan Kabir!

LELAKI warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditaahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam, akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditaahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Ris1ikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak, Kuala Lumpur, 5.45 petang, semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan bvuruan berterusan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terbabit atas usaha dan komitmen mereka.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jaze3era menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s L0ckdown dengan Md Rayhan dilihat mengkri1tik kerajaan Malaysia dan menda4kwa wujud diskrimi1nasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

 

 

 

 

 

 

Sumber: HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*