“Tak sesuai! “- Datuk Lat

Kartunis terkemuka tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat, melontarkan pandangan peribadinya bahawa dinding tepi jalan bukan lokasi sesuai untuk memberikan penghormatan kepada pemimpin negara.

Beliau berkata sewajarnya usaha sedemikian perlu dilaksanakan di tempat yang tidak berisik0 berlakunya vand4lisme.

“Buatlah usaha begini di tempat yang sesuai iaitu di galeri lukisan atau sekiranya ingin dipaparkan di tempat awam, letaklah di tempat tinggi seperti papan iklan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kebenaran melakukan seni grafiti di tempat awam perlu diteliti terutama melihat kepada temanya.

“Jika pihak berkuasa tempatan memberi kebenaran untuk seni grafiti, perlu disediakan tempat untuk tema tertentu.

“Bagaimanapun lukisan di atas kanvas dan pameran di galeri seni lukis adalah lebih baik,” katanya.

Dua hari lalu, tVlar video wanita dipercayai dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Mural berkenaan adalah hasil karya tiga anak muda sebagai tanda penghargaan kepada barisan pemimpin negara terutamanya dalam usaha menangani p4ndemik COVID-19.

Mural berkenaan antaranya memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, pelukis, Raja Azeem Idzham, berkata kewajaran melukis karya seni di jalanan bukanlah persoalan utama dalam isu berkenaan.

“Apa yang menjadi isu adalah penghargaan ke atas seni itu sendiri.

“Kebelakangan ini negara dirundung pelbagai isu dan ada lapisan masyarakat yang tidak berpuas hati, dengan ahli politik.

“Maka atas sentimen ini ada yang mengambil jalan salah untuk meluahkan rasa tidak puas hati,” katanya.

Raja Azeem berkata, tindakan itu tidak mengejutkan kerana karya mural itu tvlar dan dipamerkan di ruang awam.

Ulas Raja Azeem lagi, ia juga bukan satu-satunya karya yang menjadi mangsa v4ndalisme.

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*