Unik betul nama anak Rody Kristal!

Ahli anggota kumpulan Kristal, Rody telah membuat perkongsian mengenai anak keduanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Sekadar info, Rody dan isteri, Niena Azman selamat menimang cahaya mata kedua mereka, seorang bayi lelaki pada 6 Julai yang lalu.

Tanggal 6.7.20 lahirlah seorang lagi putera ku.. BARIE HABIBULLAH bin MUHAMAD RODI.

“Moga jadi anak yg soleh dan sihat.. nakal mcm abg die ADITHYA JABBAR..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, Rody dan Niena telah mendirikan rumahtangga pada April tahun lalu dah telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adithya Jabbar.

Foto : Instagram Rody Kristal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*