70 kes ibu hamil positif Covid19 dikesan

Laporan dari media tempatan memetik seramai 70 wanita hamil di Oman telah dijangkiti Covid-19, setakat ini.

Sembilan daripadanya telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) dan tiga kes membabitkan ibu yang terpaksa melahirkan bayi mereka lebih awal.

Bagaimanapun semua kes jangkitan itu tidak menyebabkan kem4tuan seperti yang dilaporkan dalam Gile News.

Pengarah Ginekologi dan Obstetrik di Hospital Diraja di sini, Dr Moza Abdullah Al Suliamani berkata, tiada bukti wanita hamil yang positif Covid-19 akan mendapat masalah kesihatan lebih teruk berbanding pesakit lain yang dijangkiti virus sama.

Ibu hamil terbabit mungkin akan mengalami jangkitan pernafasan disebabkan perubahan sistem imunisasi dan badan.

“Jadi, amat penting untuk mereka mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dan bayi. “Selain itu, mereka perlu melap0rkan jika mengalami simptom seperti demam, batuk atau sukar bernafas,” katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa kebanyakan daripada wanita hamil yang dijangkiti C0vid-19 itu menunjukkan gejala ringan.

Katanya, mereka dijangkiti sama ada daripada suami atau ahli keluarga.

“Tetapi mas4alah kesihatan ini boleh memberi kesan kepada ibu atau bayi mereka,” katanya.

Dr Moza juga berkata, pihaknya berdepan masalah memandangkan kebanyakan daripada wanita berkenaan tidak mendedahkan bahawa ada ahli keluarga mereka positif Covid-19.

Katanya, ibu berkenaan hanya akan memberitahu perkara itu selepas dimasukkan ke hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa ibu hamil diutamakan untuk ujian saringan virus berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada bukti menunjukkan mereka boleh menyebarkan virus itu kepada bayi dalam kandungan atau ketika kelahiran.

Covid-19 juga tidak ditemui pada susu ibu.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*