Ini respon Majlis Bandaraya Ipoh tentang anugerah ikon kepada Pavithra selepas insiden pergadvhan

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan bahawa pengiktirafan ikon Anak Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada S. Pavithra tidak mempunyai kaitan dengan suaminya, M. Sugu.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd. Syahrizal Azmi berkata, status ikon itu hanya boleh diberikan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak sahaja.

“Pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada Pavithra seorang sahaja kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh.

“Ia sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan MBI atas jasa dan pencapaiannya selama ini.

“Manakala suaminya, Sugu bukan asal Ipoh, sebaliknya, berasal dari Sungai Siput, Kuala Kangsar,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pengiktirafan status ikon itu melibatkan penerima individu sahaja dan bukan diberikan kepada Sugu Pavithra yang merupakan jenama saluran kendalian pasangan suami isteri
berkenaan.

M.Sugu kini dit4han r3man susulan d4kwaan menc3derakan Pavithra kerana tidak menyebut namanya dalam majlis anugerah yang dimaksudkan.
 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*