Bukan sahaja berniaga cempedak goreng, Hidayah Abam turut jual pelbagai produk makanan jenamanya sendiri

Tidak hanya berpeluk tubuh,balu kepada pelawak kesayangan ramai, Allahy4rham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, kini berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng bersama adik iparnya.

Perkara tersebut menjadi perhatian warganet apabila Hidayah sendiri melalui laman Instagram miliknya yang dikenali sebagai @hidayah_abam memuat naik satu posting bertajuk SEDEKAH ketika beliau dan adik iparnya sedang berniaga.

“Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5.

“Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka.

“Yang paling penting, mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya,” tulisnya.

Biarpun memilih meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga apa sahaja yang mampu menambah punca pendapatan, Hidayah dilihat masih kuat menempuh dugaan hidup sebagai ibu tunggal.

Rupa -rupanya selain dari berniaga cempedak goreng., Hidayah turut  menjual produk keluarannya sendiri iaitu Tepung Roti Jala Coklat dan beraneka jenis muruku.

 

Syabas Hidayah! Teruskan berusaha dan semoga pernigaan maju jaya.

Untuk rekod, pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meningg4l dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.

Hasil perkongsian hidup bersama Abam,mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun satu bulan.

 

 

 

 

 

Sumber:SH plus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*