SOP terkini ziarah hari raya Aidiladha

Menteri Kanan (Keselamatan) ,DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa syarat untuk aktiviti ziarah sempena sambutan Aidiladha boleh dikenakan sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara ini.

“Setakat ini tidak lagi, raya (haji) masih ada seminggu lagi. Keadaan boleh berubah mengikut situasi semasa. Sebelum ini kita tak sekat pengunjung datang ke rumah pada hari-hari biasa.

“Tiba-tiba raya haji kita tetapkan pula. Kita konsisten, jika hari biasa boleh berkunjung ke rumah, raya haji pun kita tidak menyekat.

“Bagaimanapun, situasi boleh berubah dalam masa sehari, dua hari. Kalau dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, kalau ada peningkatan kes secara mendadak, kita akan mengubah SOP (prosedur operasi standard) dan polisi kita,” katanya tegas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan had jumlah pengunjung semasa Hari Raya Aidiladha berikutan trend peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

 

 

 

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*