Manfaatkan waktu diantara Maghrib dan Isyak dengan solat sunat Awwabin. Ini caranya

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (amalan yang sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib.

Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.

Elok dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebaik-baiknya enam rakaat dengan tiga salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang solat selepas Maghrib enam rakaat, maka disamakan untuk orang itu ibadah selama 12 tahun

– Riwayat Tirmizi

Berikut ialah cara mengerjakan solat sunat Awwabin

1)Dua rakaat pertama diniatkan untuk memelihara iman.

Erti:Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta menjaga iman sunat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama: Selepas membaca surah Al-Fatihah,baca:

  • surah al-ikhlas- 6x
  • Surah al-Falaq -1x
  • surah an-Nas -1x

Rakaat kedua: ulang seperti bacaan pada rakaat pertama

2)  Dua rakaat kedua dilakukan dengan niat bertaubat.

Erti:Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta bertaubat kerana Allah Taala

Pada rakaat pertama dan kedua dibaca Al-Fatihah diikuti dengan mana-mana surah.

 

3) Dua rakaat ketiga dilakukan dengan niat istikharah

Erti:Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta istikharah kerana Allah Taala

Rakaat pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
Rakaat kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah al-ikhlas

Doa Solat Awwabin Selepas Salam
Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:

Allahumma saddidni bil imaan wahfazhu Alaiyya fi hayaa tii wa inda wafaa tii wa ba’da mamaa tii

Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu m4tiku dan selepas m4tiku.

Kelebihan Solat Sunat Awwabin

Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami, bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda kepadanya yang maksudnya:

“Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).”

– Hadis riwayat Imam Muslim

Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya,

“Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari kiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada MalaikatNya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hambaKu, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hambaKu ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hambaKu itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.”

– Hadis riwayat Imam Ahmad

Penutup

  • Lakukan solat sunat ini sementara menanti waktu Isyak.
  • Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu.
  • Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
  • Lakukanlah ia selalu agar Allah ﷻ merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat 🙂

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Akuislam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*