Ernie Zakri mengaku buat silap, tekad dengan keputusan yang diambil

Penyanyi Ernie Zakri mengakui berasa sedikit ralat kerana menangguhkan niatnya untuk berhijab sehinggalah tamat pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu.

“Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja pada masa itu.

“Dan benda itu adalah satu kesilapan saya juga. Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa.,”, jelas Ernie.

Bagaimanapun Ernie bersyukur kerana Allah tetap membuka pintu hatinya dan ia memandang itu sebagai satu yang positif.

Dan lantaran itu, penyanyi lagu Ku Bersuara itu menambah, dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang.

Sebaliknya, bintang ini akan terus beristiqamah dalam menjaga aurat.

“Kalau saya kenang-kenang kenapa tak pakai lebih awal tu saya rasa past is past. Semua orang ada history masing-masing.

“Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakutan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni.

“Jadi sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” jelasnya lagi.

Ernie juga menegaskan yang dia akan tetap meneruskan kariernya seperti biasa kerana percaya niat yang baik pasti akan dipermudahkan.

“Pada saya Allah tu penyayang, Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi of course la dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif.

“Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat yang pertama tu betul yang you nak cari rezeki yang halal, InsyaAllah akan dipermudahkan,” katanya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*