“Tak mengapalah saya duduk di rumah sahaja” – Wan Maimunah

Pelakon veteran, Wan Maimunah seringkali dikhabarkan tidak sihat oleh orang ramai.

Ujar pelakon senior ini,dia tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih tersebut.

“Alhamdulillah, saya sihat walafiat, saya tak sakit. Apabila keluar rumah sahaja, pasti ada yang bertanya saya sudah sihat ke belum. Bila masa saya tidak sihat?,”

Walaubagaimanapun, Wan Maimunah turut menghargai keprihatinan orang ramai.

Katanya, bukan satu badan sahaja yang tampil menghulurkan sumbangan, malah banyak individu yang prihatin dengan keadaannya.

“Sampaikan salam sayang saya pada semua yang memberikan sumbangan dan doa tak ternilai. Saya hargai setiap pemberian dan doa baik yang dititipkan buat saya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.

“Saya terharu bukan sahaja Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan AirAsia, malah individu seperti kenalan, pelakon, penyanyi dan peminat juga ada yang menghulurkan sumbangan.

“Disebabkan itu, saya bersyukur atas keprihatinan ramai. Terima kasih atas budi yang tak terbalas ini,” katanya.

Mengulas kerjaya lakonan, bintang air mata itu berkata, dia masih belum mendapat tawaran penggambaran di luar.

“Cuma, saya ada dapat tawaran rakaman atas talian daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Selain daripada itu, belum ada lagi buat masa ini.

“Tak mengapalah, saya duduk di rumah sahaja. Saya mendapat tahu kawan baik, Norlia Ghani dan Rosnah Johari menjalankan penggambaran di Ijok, Kuala Selangor, jadi saya sempat menjenguk mereka, baru-baru ini.

“Sudah lama saya tak berjumpa mereka, rasanya lebih 10 tahun saya tak bertemu Rosnah. Sudah berdekatan dengan kawasan perumahan, jadi saya ambil peluang berjumpa,” katanya.

Selain itu, Wan Maimunah berkata, dia merindui kawan baiknya, Rosnah Mat Aris dan Khatijah Tan dan berharap rakannya juga berada di dalam keadaan sihat walafiat.

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*