Ada sebabnya Alina rahsiakan kesempitan hidup dari anak-anak yang tinggal dengan bekas suami

Kisah Alina Hassan,52,juara pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 yang tinggal di bilik sempit mula tvular sejak miggu lalu.

Menurut Alina,dia bagaimanapun selama ini merahsiakan kep3ritan hidupnya daripada pengetahuan anak-anaknya yang kini tinggal bersama bekas suami di Terengganu kerana tidak mahu menganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Alina yang juga pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 menghuni bilik berkeluasan 1.5 meter X 2.4 meter di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Dia yang menyewa bilik kecil itu dengan sewa RM230 sebulan, bagaimanapun tidak pernah mengeluh kerana menyedari hanya setakat itu kemampuannya.

“Saya nak bawa anak-anak tinggal bersama. Bekas suami pun tiada masalah nak benarkan. Tapi masalah utama, saya tiada rumah lagi,” katanya yang sudah lama membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alina mempunyai empat anak lelaki, tetapi yang sulung sudah meninggal dunia.

“Apabila kisah saya keluar di media, mereka tak tahu tapi kawan-kawan dan guru akan bertanya. Ini mungkin menjatuhkan air muka, atau buat mereka terperanjat.

Menurut Alina,anak keduanya, Mohd Alif, 19, menghidap avtisme, yang ketiga, Mohd Amin, 18, akan mendaftar masuk di sebuah universiti pada Ogos nanti manakala anak bongsu, Mohd Azam, 15, sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu.

“Kita mesti nak anak-anak membesar depan mata. Kalau duduk dengan anak, walau tak berduit hidup susah makan ikan masin pun, kita gembira.

“Janji anak ada depan mata. Mohd Alif, takkan makan nasi kalau bukan saya yang suapkan. Dia takkan makan, kalau orang lain suap. Bahkan dia kerap memerap dalam bilik. Bila balik sana saya suapkan dia makan

“Kalau dapat rumah, saya nak bawa dia datang duduk dengan saya. Buat masa ini, saya kerap juga balik tengok dia. Kalau ada duit lebih, saya akan balik tengok dia,” katanya.

Alina berkata, kadangkala dia terpaksa meminta jasa baik bekas suami memberikan wang untuk dia balik menjenguk anak-anak.

“Saya perlu berikan perhatian kepada Mohd Alif kerana dia suka berkurung dalam bilik. Namun, Alhamdulillah dia pandai uruskan diri seperti mandi sendiri.

“Bekas suami tiada masalah jika saya nak ambil Mohd Alif. Perkara ini sudah kami bincangkan, cuma saya kena ada rumah bukannya bilik sewa yang kecil,” katanya.

Alina yang turut menghidap ekzema dan mempunyai masalah penglihatan mata kanan akibat katarak, berkata dua lagi anaknya pasti nak datang bertemunya setiap kali cuti sekolah.

Turut mempunyai masalah d4rah tinggi yang terkawal tanpa perlu mengambil ubat, Alina juga meminta warganet tenang kerana kita tidak tahu apa hikmah yang Allah nak beri pada setiap dugaan itu.

“Apa yang boleh saya kata, jangan doakan atau cakap benda yang tak elok kepada nasib orang lain. Masing-masing di antara kita pasti ada ujian hidup sendiri.

Lagipun saya minta rumah bukan nak duduk percuma, sebaliknya nak bayar sewa,” katanya yang bersyukur banyak pihak tampil membantu.

Menurut Alina lagi, setiap kali anak-anaknya datang melawat dia terpaksa menyewa homestay, lantaran itu dia benar-benar berharap agar dapat menyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Sementara itu, tinjauan HM mendapati bilik Alina sememangnya sempit.

Disitulah tempatnya berehat melepaskan lelah, makan dan tidur.

Bahkan apabila mahu solat, dia terpaksa mengangkat tilam nipis untuk meletakkan sejadah.

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*