Satu lagi kluster baru dikesan di Sarawak

KUALA LUMPUR: : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata baru itu ialah Kluster Stutong dikesan di sebuah pasar awam di Stutong.

Ujarnya, kluster tersebut dikesan hasil saringan COVID-19 melibatkan penjaja-penjaja pasar tersebut yang dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu.

“Sehingga 18 Julai, jam 12 tengah hari, 218 orang penjaja telah disaring, iaitu terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara iaitu tiga warga China, satu warga Indonesia, dan satu warga Vietnam.

“Daripada jumlah saringan ini, 56 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini, dua kes dikesan positif COVID-19 dan 54 adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman.

Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan KKM.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*