Selain sedap dimakan, ini dia kelebihan bayam Brazil yang ramai tak tahu

Saban hari tumbuhan ini kian terkenal di Malaysia. Bayam Brazil atau Brazillian Spinach ataupun, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu.

Selain dari dimakan mentah, bayam Brazil juga enak dibuat lauk. Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung.

Rasanya enak, tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan.

Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah ser4ngan ulat daun.

Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ini yang ramai tidak tahu.

Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah :

1)mampu melawaan kaanser
2)mengekalkan kesihatan mata
3)kaya dengan vitamin K -mampu menguatkan tulang

Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit.

Amalan memakan Bayam Brazil juga dikatakan mampu membantu:

4)melancarkan d4rah,
5)mencegah aneemia serta mas4lah gusi
6)mengekalkan stamina badan
serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak.

Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah bayi Pramatang.

Jomlah kita tanam sayur ni kerana ada banyak khasiat yang terkandung dalam sayur ini… memang rugi kalau tak makan.

 

 

 

 

Sumber:MajalahIlmu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*