Gelombang kedua Covid-19 di Sarawak, ini lima informasi terkini dari KKM

KES positif Covid-19 di Sarawak kembali mencecah dua angka apabila 10 kes baharu direkodkan semalam, sekali gus mencetuskan gelombang kedua p4ndemik di negeri itu.

Menerusi pengumuman dibuat Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Kuching,  jumlah keseluruhan melibatkan kluster LNG Jupiter adalah tiga kes daripada jumlah keseluruhan 30 orang krew yang disaring.

“Bagi kluster Pusat Perubatan Kuching, terdapat pertambahan satu kes yang merupakan rakan tempat kerja kepada kes-582.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan kluster ini adalah dua kes setakat ini dan punca jangkitan masih dalam siasatan dan pengesanan kontak masih diteruskan,” kata Uggah.

Antara lain, JPBN Sarawak turut mengumumkan bahawa semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara adalah diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan dan ujian saringan COVID-19 pada hari kedua dan hari ke-10 akan diambil.

Berikutan itu, ini merupakan lima perkara yang anda perlu tahu dalam kenyataan terkini sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

1.4 kluster baru telah dikesan. Dua daripadanya  telah dikesan di Kuching ,iaitu kluster Jupiter dan Kluster Pusat Perubatan Kuching  dan selebihnya ialah Kluster PUI Pitakwa dan Kluster PUI Shirala.

2. Malaysia mencatatkan 18 kes baharu, menjadikan kumulatif kes sebanyak 8,755 kes.

3. Daripada jumlah kes baharu, 10 adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia. Lapan kes penularan tempatan membabitkan enam kes warganegara dan warga asing (dua).

4. Tiga kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,541 kes atau 97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

5. Tiada kes kem4tian dicatatkan. Jumlah kumulatif kes kem4tian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 122 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

Kita masih belum menang. Teruskan dengan amalan pencegahan penvlaran virus COVID19.

 

 

 

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*