Jalaludin Hassan tiba-tiba menjerit di set penggambaran

Malaang tidak berbau menimpa Datuk Jalaluddin Hassan yang terjatvh ketika hendak turun tangga di set lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada malam, Jumaat.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Siti Elizad, yang baharu sampai ke set penggambaran itu terkejut apabila terdengar suara Jalaludin yang tiba-tiba menjeerit sekuat hati.

Menurut Elizad, “Waktu itu saya baru sahaja sampai di set penggambaran dan insiden itu berlaku dalam rumah. Mungkin keadaan di tangga itu agak gelap sebab tak buka lampu lagi.

Cerita Elizad lagi, Datuk Jalal terjatvh kerana terlepas langkah tiga anak tangga. Semua yang ketika itu berada di luar rumah terkejut apabila terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati. Ibu jari Datuk Jalaluddin juga didapati berd4rah.

Sebelum ini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkongsi video ambulans di Instastory miliknya dengan memberitahu Jalaludin jatuh tangga ketika penggambaran.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Jalaludin tidak mengalami kec3deraan yang tervk dan dia hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik sahaja mendapat rawatan.

“Selepas melihat ibu jari dia berd4rah, kami pun terus la hubungi ambulans. Datuk Jalal tak dibawa ke hospital tapi terus dirawat di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah… dia tidak mengalami sebarang kec3deraan yang serivs. Mula-mula itu dia nak sambung juga penggambaran tapi kami semua minta dia balik rumah berehat sahaja.

“Tapi saya tak pasti macam mana keadaan dia sekarang ini tapi semalam Alhamdulillah dia nampak okay sahaja selepas dirawat,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*