“Mereka juga adalah manusia” -Dr Che Hafiz jawab isu cinta sejenis

Tiada siapa mahu berkahwin untuk berpisah.

Tetapi timbul spekvlasi mengenai bekas suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Dr Che Hafiz apabila terdapat d4kwaan yang mengatakan bahawa dia adalah seorang g4y dan itu menjadi punca dia dan bekas isteri berpisah.

Menurut Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum berkata sebelum ini terdapat seorang individu telah menghantar mesej di laman Instagram nya yang menemui akaun disebuah aplikasi s0ngsang yang menggunakan wajahnya.

Dedahnya lagi, dengan kemajuan teknologi terkini dia tidak berasa hairan kerana hampir apa sahaja boleh dilakukan bagi tujuan yang tidak baik.

Bagaimanapun, dia bersifat lebih terbuka dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa meletakkan sebarang penilaian terhadap mana-mana individu.

“Mereka juga adalah manusia. Jika Kita mampu, nasihatlah mereka secara baik tetapi jika tak mampu diam itu adalah lebih afdal. Saya juga ingin nasihatkan bahawa jika anda menerima berita seperti ini untuk meneliti atau selidik terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara sebelum jump into conclusion. Saya percaya kita semua bijak pandai dan dikurnia akal untuk berfikir secara waras jadi jangan sia-siakannya,” ujar. Che Hafiz.

Malah Lufya turut menafikan bahawa bekas suaminya itu merupakan seorang gay. Dalam hantaran Che Hafiz itu juga, dia akui buat masa ini dirinya masih berseorangan dan hanya mahu menumpukan perhatiannya dalam kerjaya dan membesarkan anak tunggalnya, Laana Haura dengan baik.

Untuk rekod, Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan bercerai pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

 

 

 

 

 

 

Sumber:MUrai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*